MAKALAH SISTEM PENDIDIKAN MENURUT IBNU SINA
I.PENDAHULUAN.
Pada zaman kebangkitan Islam dalam melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan rata-rata para sarjana Islam, ilmu tidak berasa cukup dengan hanya satu cabang ilmu sahaja malahan sebaliknya, mereka sedaya mungkin cuba menguasai kebanyakan bidang ilmu yang ada pada waktu itu, kecenderungan ini boleh dikatakan sebagai hasil daripada dasar dan pandangan Islam sendiri terhadap ilmu.
Sebagaimana dimaklumi, Islam mempunyai pandangan yang komprehensif terhadap hidup, hasilnya ilmu pada pandangan Islam, bersifat bersepadu, dan sebaik-baik ulama ialah orang yang dapat menguasai sebanyak mungkin cabang-cabang ilmu tersebut. Antara orang yang paling berjaya dalam menguasai cabang-cabang ilmu yang banyak ini termasuklah Ibnu Sina , beliau bukan sahaja merupakan seorang ahli perubatan kelas pertama tapi juga ahli sains dan falsafah, di samping itu Ibnu Sina juga merupakan ahli politik yang lincah dan ahli kemasyarakatan yang berkaliber. Dan dikenali di Eropah sebagai Avienna “ was greatest Muslim thinker and the last of the Muslim philoshopher in the East.
2. BIOGRAFI IBNU SINA.
Nama penuh beliau ialah Abu Ali al-Husain Ibn Abdullah Ibnu Sina, yang lahir pada tahun 980 M / 370 H di sebuah kampung bernama Afsahan, di daerah Kahrmisan Bukhara, yang merupakan seorang anak yang bertuah pada masa kecilnya kerana dapat hidup dalam sebuah keluarga yang kaya raya, di Bukharalah juga beliau menumpukan dalam bidang bahasa dan sastera dan hidupnya diabadikan dalam dunia ilmu pengetahuan.
sejak kecil mempelajari ilmu, seperti : Filsafah, geometri, ilmu hisab, feqih, logik, perubatan dll. Beliau langsung dibimbing oleh bapaknya sendiri, yang bernama Abdullah.dan lain-lain guru yang dipilih oleh keluarganya sendiri. Bapanya seorang yang ada kecenderungan Isma’iliyyah dari Mesir, juga peminat falsafah kumpulan Ikhwan al-Safa. Dari perbincangan-perbincangan akademik yang keluarga adakan saban hari Ibnu sina mula beri perhatian terhadap falsafah dan segala bidangnya. Dari mereka, ia melaporkan “ I was well as my brother, heard the account of the soul and the intellect in the special manner in which they speak about it and know it. Sometimes they used to discuss this among themselves while I was listening to them and understanding what they were saying, but my soul would not accept it, and so they began appeling to me to do it ( meant to accept the Ismaili doctrines ). Kemudian bermula dari itu, tetamu-tetamu dari Egypt aliran Ismailiyyah yang datang ke Bukhara, telah dijemput tinggal dengan keluarganya. Ibnu Sina mengambil kesempatan itu untuk mempelajari beberapa subjek penting seperti “ philosophy, logic, greek and Indian mathematics”. Tetapi tokoh yang banyak berjasa pada Ibnu Sina ialah seorang sarjana falsafah Abu ‘ abdullah al-Natali.
Selepas mencapai kedudukan yang tinggi dalam bidang sastera dan bahasa sewaktu berusia dua puluh tahu, beliau mulai berminat dengan ilmu-ilmu akal, kemudian memulakan pengajian dalam bidang tersebut dengan mempelajari logik, geometri dan buku Almagest daripada Abu Abdullah al-Natali, seorang rakan bapanya.
Dalam bidang perubatan, Ibnu Sina telah mencapai satu tahap pencapaian yang amat tinggi. Walau bagaimanapun, beliau tidak menjadikan sebagai kerjaya untuk mencari rezeki. Sebaliknya, beliau mengajar ilmu tersebut kepada para doktor bagi menambahkan lagi pengetahuan mereka dalam bidang tersebut, pada suatu waktu, apabila beliau berjaya menyembuhkan penyakit yang dihadapi oleh Putera Nuh Ibn Nas al-Samani yang gagal diubati oleh para doktor lain.
Ibnu Sina telah mendapat penghormatan yang besar daripada putera tersebut. Antara lain, beliau telah dibenarkan untuk menggunakan perpustakaan istana yang banyak mempunyai buku-buku yang sukar didapati. Melalui perpustakaan tersebut, beliau kemudiannya memperoleh ilmu yang banyak. Kemasyhuran dan kepakaran Ibnu Sina dalam ilmu perubatan ini kemudiannya telah melayakkan beliau untuk diberi gelaran Mahaguru Pertama (al-Syaikh al-Ra’is), beliau percaya kepada ketahanan tubuh itu sendiri dalam menolak penyakit, ubat hanya boleh merangsang ketahanan itu. Dengan demikian, beliau berpendapat, tanpa ketahanan yang cukup dalam tubuh, ubat adalah tidak berfaedah.
3. KARYA PENULISAN.
Menghasilkan lebih kurang 276 tulisan dan buku, komentar, risalah dalam berbagai bidang, namun yang terkenal dengan dua buah karyanya ; “ Qanun fi’l-Tibb’ (Undang-undang dalam perubatan) dan al-Shifa’ ( sembuh daripada kesalahan)
Tidak dapat dinafikan bahawa karya Ibnu Sina yang membincangkan panjang lebar tentang falsafah pengetahuan dalam al-syifa. Buku ini dianggap buku yang terpenting dalam falsafah pengetahuan di timur dan di barat. Malah buku ini telah diterjemahkan ke dalam bahasa latin dengan tajuk Sufficientioa yang merupakan “ The Longest encyclopedia of knowlwdge. Ever written by one man ( nasr, 1969).
Ibnu Sina menggunakan dua cara dalam menulis kitab-kitabnya, ada kitab yang ditulisnya untuk orang awam atau sebahagian besar penuntut hikmat, ada kitab orang yang khusus atau untuk dirinya dan orang yang dekat kepadanya. Maknanya beliau tidaklah menyalahi falsafah mashsaiyah peripatetic) yang dikenal orang. Inilah yang klita namakan mazhab yang terkenal. Dalam kitab-kitab lain, Ibnu Sina menyatakan terus terang bahawa ia memasukkan falsafah dalam kitab sebagaimana sebenar tampa segan-segan menentang falsafah yang terkenal di kalangan orang kebanyakan. Beliau berpesan agar hikmat ini disembunyikan kepada orang ramai. Inilah yang disebut mazhab tertutup. Menyembunyikan mazhab soal biasa pada filsuf-filsuf dahulu kala ( Madkour, 1934 ). Socrotes pernah berkata : “ Hikmat adalah benda suci, tidak rosak dan kotor. Jadi tidaklah patut kita menyimpanya kecuali dalam jiwa yang hidup, kita harus membersihkannya dari pada kulit yang mati, dan menjaganya daripada hati yang membangkang” ( Ibn Abi Usaibah, 1965)
Sebelum Ibnu Sina membahagikan hikmat itu, ditentukannya tujuan, iaitu mencari hakikat sesuatu sesuai dengan kesanggupan manusia. Kemudian dibahagikan hikmat itu mengikut benda-benda yang wujud. Sesetengah benda itu wujudnya tidak bergantung pada perbuatan dan kemahuan kita. Contoh bahagian pertama adalah benda-benda di bumi, di langit, bentuk-bentuk geometri, bilangan dan zat Tuhan. Semua benda ini tertakluk wujudnya kepada perbuatan dan kemahuan kita. Tetapi susunsn politik, tingkah laku akhlak dan menciptanya. Kita juga boleh meninggalkannya, begitu juga dengan pelbagai seni dan pertukangan. Oleh itu mengetahui perkara-perkara bahagian pertama, iaitu yang tidak tertakluk wujudnya pada perbuatan dan kemahuan kita disebut Falsafah Teoritikal, manakala bahagian kedua disebut Falsafah praktikal ( Morewedge, 1973 : 145 )
Seperti juga Aristotle, falsafah teoritikal bertujuan menyempurnakan jiwa (nafs) dengan mengetahui, maknanya “ berlakunya kepercayaan yang diyakini tentang hal-hal wujud” (
Ibnu Sina, 1953), tujuaan falsafah pratikal pula bukan sekadar menyempurnakan jiwa dengan pengetahuan teapi menyesesuaikan dengan kehendak pengetahuan itu. Dalam akhlak, misalnya, tidaklah cukup kita mengetahui apakah kebaikan itu, kemudian senyap, tetapi kita harus menyesesuaikan dengan kita ketahui. Oleh itu tujuan falsafah teoritikal adalah kebenaran sedangkan tujuan falsafah pratikal adalah kebaikan.
Kata penilaian tidak pernah digunakan oleh Ibnu Sina , tetapi apakah sebenarnya penilaian itu ?. Ada dua fungsi yang menonjol dalam penilaian ini. Pertama sebagai suatu peneguhan terhadap suatu tingkah laku yang ingin dikekalkan. Misalnya kalau seorang kanak-kanak belajar bahasa, maka apabila jawapanya betul haruslah diberi ganjaran, seperti markah yang tinggi, atau boleh sekedar puji-pujian sahaja. Pokoknya kanak-kanak itu akan merasa senang setelah memberi jawapan itu dan seterusnya akan berbuat demikian pada masa akan datang dalam suasana yang sama.
Sebagai alat menapis calon-calon yang ingin mendapat tempat yang tertentu dalam peperiksaan, misalnya. Dengan kata lain penilaian digunakan sebagai alat untuk menentukan sama da tujuan pendidikan dicapai atau tidak. Klau kita gunakan ujian memendu kereta, maka kita menilai sama ada pengetahuan amnya tyentang aturan-aturan lalu lintas telah dihafaz dan segala amalan memandu kereta telah dapat dilaksanakan atau belum. Kalau ia lulus semuanya, teori dan praktik, maka ia diberi lesen memandu kereta jenis tertentu, misalnya jenis D.
Dalam karangan –karangan Ibnu Sina adakah kita menemui beliau menggunakan kata-kata atau konsep-konsep yang mengandung kedua maksud di atas itu ? jawabannya “ ya” ada, walaupun tidak persis seperti yang digambarkan itu.
Tentang penilaian sebagai peneguhan, dalam karangan-karangan yang bersangkutan dengan falsafah pratikal, beliau selalu bicara tentang kebahagian sama ada di dunia atau di akhirat, kebahgian itu berlaku pada peringkat diri ( akhlak, keluaraga, masyarakat ataupun umat manusia seluruhnya ( Ilmu Nabi ) dan juga selepas jiwa berpisah daripada badan pada hari ma’ad. Dengan kata lain ada peringkat-pringkat kebahagian itu, yang bermula pada jinjang pertama mendorong ke jinjang kedua, selanjutnya ke jinjang berikutnya dan begitulah seterusnya sehingga puncak kebahagiaan abadi yang di tujunya ( Ibnu Sina,1908 : 150 ). Sudah tentu tentu peringkat-peringkat yang di gambarkan disini merupakan peneguhan untuk mendorong seseorang pengejar kepada peringkat selanjutnya. Dalam pendidikan moden pun penilaian sebagai peneguhan berfungsi serupa itu, misalnya kelulusan pada sekolah rendah mendorong untuk melanjutkan pelajaran ke sekolah menengah dan lulus di sekolah menengah mendoriong untuk melanjutkan pelajaran ke universiti dan begitulah seterusnya.
Sebagai alat untuk menyaring, penilaian juga sangat berguna. Ibnu Sina juga menggunakan kroteria ini untuk membahagikan ilmu kepada ilmu terbuka ( masyhur) untuk orang bayak, dan ilmu tertutup ( mastur) untuk orang-arang Khas, seperti sebahagian karangannya yang terakhir yang berkenaan falsafah Isragiyah ( Illumination phiosophy). Penggunaan penilaian mengikut pengertian iniu banyak didapai dalam bukunya berjudul al-siyasah terutanma berkenaan cara membimbing kanak-kanak. Tentang cara memilih pekerjaan pula Ibnu Sina berkata bahawa sekadar mengikut kemahuan si anak, tetapi haruslah sesuai dengan bakat dan tabiatnya ( Ibnu Sina, 911), kerana perbezaan manusia dalam memilih ilmu dan pekerjaan : “ ada sebab-sebab yang kabur dan faktor yang tersembunyi yang sukar difahami oleh manusia dan susah diukur dan dimengerti (Ibnu Sina, 1911 : 14 ).
Barangkali yang disebut oleh Ibnu Sina iaitu sebab-sebab yang kabur dan faktor-faktor yang tersembunyi boleh dikembalikan kepada faktor-faktor psikologi, yang sekarang terkenal dengan nama bakat-bakat (apptitude) dan kebolehan (abilities) dengan istilah yang digunakan oleh p[sikologi moden. Dari di\sini difahami bahawa Ibnu sina memberi perhatian pada faktor-faktor psikologi, seperti bakat dan kebolehan, sebagai alat yang sangat berguna.
Ibnu Sina membahagikan falsafah teoritikal kepada tiga bahagian ilmu mengikut darjat penglibatan tajuk-tajuknya dengan materi dan gerakan atau kebebasannya daripada gerakan dan materi itu. Ilmu itu adalah ;
1. Ilmu tabii, yang dipanggilnya yang paling bawah.
2. Ilmu matematik, yang dipanggilnya ilmu pertengahan.
3. Ilmu ketuhanan, yang dipanggilnya ilmu paling tinggi, iaitu mengikut derajat kebebasan daripada materi ( Ibnu sina 1908)
Pembahagian serupa ini juga kita dapati pada Aristotle, Tetapi Ibnu Sina memperluasnya dengan menambahkan pelbagai cabang bagi setiap ilmu tersebut, selain yang kita saksikan pada Aristotle, Ibnu Sina misalnya, menambahkan ilmu-ilmu berikut kepada ilmu tabii : perubatan , astrologi, ilmu firasat, ilmu sihir ( tilsam) ilmu tafsir mimpi., ilmu kimia. Aristotle hanya membahagikan kepada materi dan bentuk, gerakan dan perubahan, wujud dan kehancuran, tumbuh-tumbuhan dan haiwan dan jiwa. Ilmu matematik pula ditambahkannya cabang-cabang ilmu berikut : ruang, bayang begerak, memikul berat, timbangan, pandangan dan cermin, dan memindah air (Ibnu Sina, 1908 : 110-111). Terhadap ilmu ketuhanan ( ilahiyat)
ditambahkannya cabang-cabang berikut : cara turunnya wahyu, jauhar rohani yang membawa wahyu, cara wahyu turun sehingga dapat didengar dan dilihat, mukjizat, khabar ghaib, ilham bagi orang-orang takwa yang menyerupai wahyu, dan keramat yang menyerupai wahyu.
Juga dibicarakan ialah roh amin dan roh quds. Roh amin termasuk dalam peringkat kedua jauhar rohani, sedangkan roh quds termasuk dalam dalam jauhar rohani peringkat pertama, yakni dari peringkat Malaikat ( Ibnu Sina, 1908 :114 ).
Falsafah pratikal juga terbahagi kepada tiga bahagian ilmu iaitu :
1. Ilmu akhlak, yang mengkaji tentang cara-cara pengurusan tingkah laku se -
seorang manusia atau kesucian dirinya.
2. Ilmu pengurusan rumah tangga, yankni mengkaji tentang hubungan antara lelaki dan isterinya, ank-anaknya dan pembantu-pembantunya, masalah pe-ngaturan rezeki dan kehidupan keluarga.
3. Ilmu politik, yang mengkaji tentang hubungan-hubungan awam dalam suatu bandar, hubungan di antara pelbagai bandar, dan hubungan pelbagai negara, politik, kepimpinan dan masyrakat yang luhur dan hina.
Dan antara hasil penulisan beliau lagi termasuklah kumpulah risalah yang berjudul Tis Rasa’il yang mengandungi berbagai-bagai tajuk dalam berbagai-bagai bidang ilmu . Rasa’il Ibnu Sina yang mengandungi hasil sastera kreatif beliau, dan risalah-risalah lain lagi tentang erbagai-bagai bidang ilmu, termasuklah ilmu logik antara pendapat beliau termasuklah ilmu logik, sebagai engantar bagi falsafah, hanya diperlukan oleh mereka yang tidak mempunyai kebolehan berfikir dengan betul secara semula ajdi, sebaliknya bagi orang-orang yang memiliki kemampuan semula jadi tersebut, ilmu logik tidak diperlukan. Bandingannya ialah seperti ilmu tatabahasa yang tidak diperlukan oleh individu yang secara semula jadi, bijak berbahasa.
Berkenaan matematika, Ibnu Sina berpendapat, ilmu tersebut boleh digunakan untuk mengenal Tuhan, Demikian juga ahli-ahli falsafah Yunani, beliau mempercayai bahawa setiap tubuh terdiri daripada empat unsur iaitu : tanah, air, api dan angin, walau bagaimanapun, beliau berpendapat campuran unsur-unsur ini yang berupa lembab, panas, sejuk, sentiasa bergantung pada unsur yang lain dalam alam nyata.
4. SISTEM DAN FALSAFAH PENDIDIKAN.
Sebelum kita berbincang tentang sistem dan falsafah pendidikan, Ibnu Sina menerangkan tujuan dari pendidikan yang memiliki tiga fungsi yang kesemuanya bersifat normatif. Pertama, tujuan itu menentukan haluan bagi proses pendidikan. Kedua, tujuan itu bukan hanya menentukan haluan yang dituju tetapi juga sekaligus memberinya rangsangan. Tujuannya adalah nilai, dan jika dipandang bernilai, dan jika diingini, tentulah akan mendorong pelajar mengeluarkan tenaga yang diperlukan untuk mencapainya. Dan akhir sekali, tujuan itu mempunyai fungsi untuk menjadi kriteria dalam meniulai proses pendidikan., tujuan sebagai alat untuk menentukan haluan pendidikan dapat dilihat dalam tiga perangkat, iaitu tujuan khas ( obyectives), tujuan am (goals) dan tujuan akhir (aims). Apabila digunakan dalam kurikulum maka tiga peringkat tujuan ini masing-masing membincangkan aspek tertentu tujuan itu, misalnya tujuan pelajaran kimia sebagai berikut :
-1- Murid-murid akan menguasai pribsip-prisip ilmu kimia ( tujuan khas)
-2- Murid-murid akan sanggup berfikir secara kritis ( tujuan am )
-3- Murid-murid akan mencapai perwujudan kendiri ( tujuan akhir )
Kalau dilanjutkan lagi, maka akan berkaitan dengan tujuan hidup manusia yang kerapkali lebih tepat disebut sebagai tujuan terakhir ( Ultimate aims)
Dalam sistem dan falsafah pendidikan Ibnu Sina terdapat berapa bahagian yang sangat penting
4.1.Yang utama sekali.
Ibnu Sina meletak tanggung jawab besar di bahu ibubapa untuk menyempurnakan anak-anak, sebagai contoh : unsur pemilihan nama bagi anak-anak kerena ada faedah dan inplikasi tertentu tehadap pemilihan nama ini.
4.2. Pendidikan Akhlak.
Bilalah proses pendidikan bermula ? Ibnu Sina menegaskan Pendidikan selepas sahaja kanak kanak itu tamat penyusuannya ( al-rodo’at), dan tahap awal ini pendidiakan bermula dengan akhlak. Ibnu Sina menggunakan istilah Ta’dib bagi menjelaskan kepentingan pendidikan akhlak yang bersifat definsif iaitu sebelum kanak-kanak ini berhadapan dengan tingkahlaku yang tidak baik dan kecenderungan yang buruk ( al-akhlak al-laimah ). Ini sesudah tentu dalam kontek pergaulan dengan rakan sebaya dan lain-lain. Alasan Ibnu Sina dalam kontek ini ialah biasanya kanak-kanak itu cepat boleh terpengaruh dengan bentuk-bentuk akhlak yang buruk atau tabiat yang tidak baik. Mereka juga katanya belum tahu tentang nilai dan perbezaan baik-buruk dan belum tahu untuk mengelak darinya. Justeru itu adalah lebih berfaedah kepada mereka sendiri supaya senantiasa berjauhan dari bentuk-bentuk berkenaan. Inilah pendekatan definsif yang ditekankan oleh Ibnu Sina pada tahap awal ini.
Dalam akhlak, Ibnu Sina berpendapat bahawa sesipa yang akan membimbing orang lain, haruslah terlebih dahulu dapat membimbing dirinya sendiri, kerana dirinya itulah yang terdekat kepadanya, paling mulia dan paling perlu mendapat perhatian. Malah mengendalikan diri itu lebih susah dari mana-mana bimbingan. Sehingga sesiapa yang sanggup mengendalikan dirinya dengan sebaik-baiknya, tidak akan susah mengatur suatu bandar, malah suatu negara ( al-Ardh, 1976 : 337 ). Keluhuran ( fadhilah) dan keburukan (razila ),itu banyak, tetapi itu dapat di bahagikan, mengikut kekuatan jiwa yang tiga, iaitu syahwat, ghadhab ( marah ) dan akal. Itulah tiga kehinaan ( razilah) . Tetapi di atas tiga macam keluruhan ini, terdapat keluruhan yang disebut keadilan, iaitu yang menghimpunkan segala macam keluruhan itu, ketika melengkapkan setiap kumpulan itu dengan cabang-cabngnya sebagai unsur yang membentuknya (Ibnu Sina, 1908 : 152). Misalnya suci diri (iffah), pemurah (Sakha’)danberpuas diri ( qana’ah), yang termasuk dalam keluruhan syahwat. Manakala keluruhan ghadab adalah keberanian (syaja’ah), kesabaran (sabr), penyayang (hilm) dan lapang dada ( rahh al baa). Keluruhan akal ( al-Quwah al- Natiqah ) adalah bijaksana ( hikmat ) bay an, cerdik ( fathonah ), keaslian (asalah al ray ) , tegas ( hazm ), kebenaran (sidq), setia (wafa), pengasih (rahmah), malu (haya), keras kemahuan (izamul himmah), memilhara janji (husnul asd walmu hafazah) dan merendah diri (tawadu’). Dan induk segala keluruhan ini adalah keadilan adalah ) yang mengikut Ibnu Sina adalah kesimbangan semua keluruhan itu sehingga yang satu tidak melebihi orang lain.
Oleh itu keadilan sebenarnya tidak lain daripada jiwa yang mengetengahkan pelbagai akhlak yang bertentangan, syahwat yang berlebihan dan berkurangan, ghadab dan tiada ghadab sama sekali, dan menjurus hidup dan tidak mengurus sama sekali ( Ibnu Sina, 1908 : 149 ). Manakala kebaikan daripada semua itu disebut kehinaan (razilah ) dan benruknya bermacam-macam seperti busuk hati, rendah cita-cita, tidak menepati janji, kasar cakap, menipu dan takabur.( Ibnu Sina,1908 : 145 )
Bagaimana kita untuk mencapai ta’dib yang berkesan ? Ibnu Sina menerangkan beberapa pendekatan pratikal untuk digunakan . Antaranya ialah dengan menjadikan mereka merasa takut sambil menggalakkan anak itu belajar, memberi semangat, marah, dipuji pada hal-hal yang sesuai. Jika perlu kekerasan . Tujuan pukulan hanyalah untuk merasakan sedikit kesakitan kepada mereka justeru untuk memberikan pengajaran.
4.3. Pengajian Agama dan Kesusteraan.
Apabila kanak-kanak membesar, supaya boleh bercakap dan mendengar dengan baik, maka ia perlu belajar dan menghapal Al-Qur’an, mempelajari huruf alphabet dan agama, puisi, qosidah. Disini ia mesti mula dengan puisi kerana ia lebih senang untuk diingati justeru ia ringkas dan mudah bentuknya. Tujuan pengajian ini ditahap ini Ibnu Sina ialah kerana ingin untuk mendapatkan kebaikan adab (fadlul adab), menyintai ilmu pengetahuan dan elak kebodohan. Isi puisi itu pula hendaklah ada gesaan supaya menghormati ibubapa (Bir al Walidain) mengamalkan tingkah laku yang mulia ( Istina’ al- Ma’ruf) dan memuliakan tetamu ( qira al-daif ) dan lain-lain ciri akhlak mulia (makarim al-akhlak)
Disini Ibnu Sina juga tidak lupa menerangkan kuliti seorang guru yang baik: guru yang bijak dan beragama, sentiasa praktis akhlak yang baik dan ada minat untuk menolong kanak atau pelajar, bersih, amanah, mudah mestra, mempunyai adab, makan-minum, berbicara dan bersosial.
4.4. Pengajian Lanjutan.
Setelah mempelajari Al-Qur’an dan agama serta mengingati asas-asas bahasa, pemerhatian perlu dibuat terhadapnya tentang kursus-kursus yang sesuai dengannya serta masa depannya dan pekerjaannya di hari muka. Minat juga perlu diperhatikan. Jika minat kepada tulisan ( al-kitabah ), ia perlu belajar bahasa, penulisan dan retorika. Ia juga perlu mempelajari mate-matika (al-hisab) dan pengumpulan puisi-puisi. Jika ia minat lain-lain subyek. Ibnu Sina menggesa supaya hal ini diambil kira. Penyesuaian perlu kepada pelajar. Pelajaran kesusasteraan ini pun bukanlah sesuatu yang mudah dan bukan semua boleh belajarnya. Ibnu Sina membayangkan bahawa setiap tahun didapati ada kelebihannya.
4.5. Pengajian Tinggi.
Selanjutnya, Ibnu Sina menerangkan tahap yang lebih tinggi, pelajar boleh ilmu mate-matika (al-hisab), dan lain boleh Kejuruteraan sementara yang lain lagi boleh belajar perubatan (al-tibb) beginilah yang terjadi tiap-tiap tahap hingga sempurna. Subyek-subyek ini menurut Ibnu Sina adalah punca dari skima pendidikannya yang telah dimulakan sejak selepas tamat penyusuan tadi. Setiap tahap umur disesuaikan dengan pelajaran dan ilmu pengetahuan.
Apa yang beliau sarankan itu lebih bersifat rasional, dengan erti untuk semkua lapisan rakyat. Namun katanya ada juga orang-orang yang terpelajar tidak menuruti skima itu. Mereka memilih jalan sendiri dengan melakukan pengorbanan sendiri. Kumpulan ini menurutnya pada akhirnya tidak mampu untuk mencapai apa yang dicita-citakan.
Guru-guru adalah agen penting kemajuan para pelajar, dalam hal ini, guru-guru perlu perhatian tabiat, minat serta kecerdikan pelajar dan sesuikan ilmu yang dipelajari dengan pekerjaan. Ini boleh membantu pelajar menentukan masa depannya, kemudia bolehlah ia betulkan niat dan keazaman kepada alam pekerjaan. Semua usaha-usaha ini boleh membentuk kehidupannya yang berbeza dari sebelumnya, setelah belajar kemudian mendapatkan kerja dan mahir, lalu anak / pelajar perlu menikmati upah atau gaji dan dari itu ia boleh membina kehidupan dan keluarga serta tidak bergantung dan terpisah dari orang-tuanya.
# Ulasan yang dapat pahami tentang skima dan falsafah Ibnu Sina : bahawa pendidikan adalah tanggung jawab nasional, pihak berkuasa perlu membentuk undang-undang supaya ibubapa memberi perhatian yang sebaik-baiknya kepada kanak-kanak, kank-kanak perempuan dan laki-laki mestilah dijuruskan dalam pelajaran yang sesuai dengan jantina mereka . ini dijelaskan oleh Ibnu sina dalam kitab Al –Shifa , namun da;lam sistem pendidikan yang diajukan Ibnu sina ini tidaklah detil kalau dibandingkan dengan Plato dan Aristotle dalam tradisi Greek.
Apakah obyektif pendidikan menurut Ibnu Sina ? berpadukan kepada huraian diatas, kita dapat kenal pasti obyektif yang mahu didapatkan seperti ringkasan iaitu :
1.Pendidikan Akhlak.
2.Pendidikan Agama.
3.Penekanan terhadap kecintaan terhadap ilmu dan hikmah.
4.Pendidikan dan perkembangan Intelek.
Obyektif akhir di atas sesuai dinisbahkan sebagai pelajaran di tahap ijazah pertama yang dapat membawa pelajar ke alam pekerjaan. Dan usia mereka ditahap ini menurut Ibnu Sina ialah lapan belas tahun. Sepanjang skima ini didapati Ibnu Sina telah mengenepikan pendidikan jasmani. Kecendrungan ini memperlihatkan sikap Ibnu Sina yang mementingkan akhlak dan pembangunan intelek, bukan fizikal.
Pilihan yang akhir ini hanya sesuai untuk kumpulan “gurdian”. Ibnu Sina mahukan kesempurnaan dalam kehidupan yang boleh membawa manusia kepada kebahagian (al-sa’adah). Untuk tujuan ini penyucian jiwa melalui pembinaan akhlak dan intelek yang baik sangat diperlukan sebab itulah Ibnu sina memberi fokus kepada akhlak dan intelek. Dari tahap awal lagi Ibnu Sina telah memberi tumpuan khusus kepada akhjlak dimana ibubapa dan keluarga adalah gurtu serta sekolah yang pertama. Ini juga memberi makna bahawa para ibubapa bertanggungjawab membuktikan amalan nilai-nilai akhlak yang mulia, anak-anak dapat meniru terus-menerus bentuk-bentuk akhlak tersebut. Kemudian dituruti oleh pengajian al-Qur’an dan agama serta kecintaan terhadap ilmu yang diwakilkan oleh bidang kesusasteraan. Akhlak, al-Qur’an, agama serta cinta ilmu menduduki peringkat atas dalam pembentukan insan yang baik. Sesungguhnya bidang-bidang ini tidak boleh dipisahkan. Dalam hal ini Dr.Yusof Qardhawi memetik Mahatma Gandhi sebgai berkata :
Sesungguhnya agama dan budi pekerti keduanya bersatu, tidak dapat dipisahkan antara satu sama lain. Keduanya tidak boleh bercerai dan tidak dapat dibahagi-bahagikan. Agama menjadi jiwa bagi budi pekerti dan budi pekerti menjadi udara bagi jiwa. Dengan perkataan lain, agama memberi makanan kepada budi pekerti, menumbuhkan dan menyuburkannya, sebagaimana air memberi makan kepada tanam-tanaman menumbuhkan dan menyuburkannya.
Ibnu Sina kelihatan mahu menjelaskan bahawa pembentukan “Kekuatan dalam diri atau daya tahan” perlu dimulakan sejak awal lagi sebelum “ rebung bertukar menjadi buluh”. Unsur defensif ini akan bertindak menjaga dan mengawal individu pabila berhadapan dengan dengan anika pengaruh. Selain faedah dari segi akhlak, skima ini juga telah meletakan bahawa batu asas ilmu pengetahuan dan pendidikan itu boleh mempelajari matematik, kejuruteraan, perubatan dan sebaginya.
5. INSTITUSI KELUARGA.
Dari segi penulisan kitab as-siyasah bukanlah sebuah hasil karya falsafah yang benar dan berpengaruh seperti al-syifa’ al-Isharat wa al-tanbihat dan lain-lain. Kitab ini karangan Ibnu Sina, yang mengemukakan suatu analisa umum tentang teori-teori yang menyangkut pengurusan rumah tangga, dalam huraian tersebut Ibnu Sina menekankan fungsi “Master” atau tuan rumah yakni suami yang memiliki tanggung jawab menyeluruh dan wanita sebagai istri adalah “rakan kongsi hidup sejati” bagi suami.Dan istri menghadapi peranan yang bertambah apabila suami bertugas di luar ialah menjaga dan mengurus harta dan rumah tangga serta menyempurnakan pendidikan anak-anak.serta mengatur pendapatan keluarga, cara membelanjakannya.
Ahli-ahli filsafat Islam seperti al-farabi dan Ibnu Sina memandang sangat penting institusi keluarga. Kepada mereka perkahwinan itu sendiri adalah tiang atau ‘platform’ yang utuh kearah pembentukan masyarakatdan bandar. Justeru itu Ibnu Sina dalam bahagian akhir kitabnya “al-Syifa menekannkan betapa perlunya pentadbir negara menerangkan undang-undang perkahwinan. Perkahwinan boleh membawa kepada penerusan generasi, justeru itu ia perlu diurus di bawah penentuan undang-undang negara. Untuk mengelak lahirnya gejala-gejala yang kurang sihat dalam masyarakat, maka Ibnu Sina merakamkan bahawa semua upacara dalam perkahwinan itu mestilah mengikut norma-norma agama. Kaum wanita mestilah dijaga dan diawasi, baik pakaiannya atau pun keselamatannya.
Disini juga ada dijelaskan bahawa ibubapa mestilah memberikan pendidikan yang sempurna kepada anak-anak. Anak-anak perempuan hendaklah dijuruskan dalam bidang-bidang yang sesuai dengan”nature” mereka ( fi ma yakhussuha ) sementara lelaki dibidang-bidang untuk mencari nafkah hidup (ai-nafaqa)
Menurut Ibnu Sina dalam pelaksanaan pendidikan disini tidak terhad kepada perancancangan (planing) dan pelaksanaan (Implementation), tetapi juga lebih luas daripada itu. Perlaksaan berkait rapat dan takrif ilmu , yang pembahagiannya kepada ilmu teoritikal dan ilmu pratikal, takrif ilmu pratikal menurut Ibnu sina adalah pengetahuan terhadap perkara-perkara yang wujudnya bergantung pada perbuatan dan kemahuan kita, seperti akhlak, politik, keluarga, syariat. Tujuan ilmu ini adalah kebaikan, sedangkan tujuan ilmu teorikal adalah kebenaran. Oleh itu ilmu yang dikaitkan dengan amalan dan kemahuan kita disebut ilmu pratikal , dan itulah yang kita maksudkan dengan pelaksanaan, seperti yang kita lihat, pelaksanaan memang melibatkan perancangan, pentadbiran, pengajaran, kaedah dan aspek-aspek lain yang boleh disebut sebagai pelaksaan itu. Falsafah pratikal ini menurut Ibnu Sina, terbhagi empat bahagian ilmu iaitu : akhlak, pengurusan bandar, pengurusan keluarga dan ilmu Nabi.
Ada buku khas tentang akhlak yang berjudul al-akhlaq ( Al-Ardh 1967 : 337 ). Pengurusan Bandar (politik) dan pengurusan rumah tangga dihuraikan dalam buku berjudul al-siyasah ( Ibnu Sina, 1911 :303) yang terkenal itu. Manakala ilmu Nabi dihuraikan dalam buku berjudul itbbat al-Nubuwah ( Ibnu Sina, 1968 ) dan telah dicetak dalam sembilan surat ( Its’ rasai l) ( Ibnu Sina, 1908 : 394) dan juga dalam kitab al-najat ( The Book of Deliverance) yang sebenarnya merupakan ringkasan dari pada kitab berjudul al-Syifa. (Ibnu sina,1938 )
Setelah kita berbincang panjang lebar tentang Ibnu Sina, timbulah pertanyaan berikut : di manakah letaknya Ibnu Sina di antara filsuf-filsuf pengetahuan ( philosophers of epitemology ) seperti yang dikenal oleh pakar pendidikan belakangan ini. Pakar-pakar pendidikan, terutama pakar-pakar kurikulum, biasanya menjeniskan falsafah pengetahuan ( epistemology) ini kepada tiga kategori besar mengikut punca pengetahuan.
Ilmu
Tidak kekal Kekal abadi ( hikmat ) Sebagai Tujuan Sebagai alt : Logik Teoritikal Pratikal
• Ilmu Tabii *Ilmu akhlak
• Ilmu Matematik *Ilmu Pengurusan Rumah
• Ilmu Metafizik ( ketuhanan) *Ilmu Pengurusan Bandar
• Ilmu Kully ( Universal )
*Ilmu Nabi ( Syariat)Rajah : 3 1 Klasifikasi Ilmu menurut Ibnu Sina
Sumber Al-Ardh ( 1967 )
AKAL DAN LOGIKA ARISTOTELIAN
Akal sebagaimana kodrat-kodrat lain dalam diri manusia tersusun secara harmonis. Harmonis artinya memiliki prinsip-prinsip dan hukum-hukum tersendiri. Sementara logika adalah disiplin ilmu yang mengkaji prinsip-prinsip dan hukum-hukum tersebut atau yang mengatur cara kerja akal (berpikir) secara tepat berdasarkan sebagaimana mestinya akal tersebut bekerja. Dan jika terjadi kemandekan (stagnasi) cara kerja akal (berpikir), maka logikalah yang datang mengembalikan cara kerja akal (berpikir) kepada koridor yang tepat (baca: aturan berpikir benar). Mungkin kurang lebih mirip dengan disiplin ilmu kedokteran. Ilmu kedokteran berfungsi sebagai barometer kesehatan manusia, sekaligus menentukan tubuh sakit atau sehat sebagaimana logika pun menginformasikan pikiran sehat atau rancu (kesalahan berpikir).
Bedanya, logika berurusan hal-hal yang metafisika, dan kedokteran berhubungan dengan hal-hal yang fisik. Hal ini tentunya akan membuat logika lebih sulit terdeteksi efeknya atau kegunaannya ketimbang ilmu kedokteran. Jadi sesunguhnya, logika bukanlah sesuatu yang asing bagi akal kita. Sebagaimana kedokteran tidak asing bagi tubuh kita.
Tetapi mungkin anda bertanya, mengapa logika itu intim dengan Aristoteles-Semoga Allah membalas jasanya. Lebih khusus lagi kenapa pada pemikiran Islam logika Aristoeles sangat dominan? Kenapa bukan logika Hegel atau Madilog-nya Tan Malaka? Pertanyaan ini kami akan menjawabnya dengan mengacu pada apa yang pernah di kuliahkan oleh Guru kami YM. YTC. Sayyid Musa Al. Khazim-Semoga Allah membalas jasa-jasanya.Tentunya sebatas apa yang saya pahami. Adapun beberapa analisis dari beliau:
a) Legenda Tentang Aristoteles.
Dalam masyarakat muslim tradisional, Aristoteles (384-322 SM) diyakini sebagai salah seorang Nabi Allah. Karena sebagaimana maklum nabi dalam Islam sebanyak 124 000. Tetapi nabi sekaligus rasul sebanyak 25 orang. Dan Aristoteles termasuk dalam kategori nabi yang bukan rasul. Keyakinan ini berdasarkan pada riwayat dari Rasulullah Saw, yang dikutip dalam banyak kitab sejarah. Adapun riwayatnya; ”Setelah pulang dari kota Alexanderia ‘Amr bin Al-Ash datang menghadap Rasul Saw. Beliau bertanya kepada ‘Amr tentang kesan-kesan perjalanannya ke negeri bersejarah itu. ‘Amr kemudian bercerita bahwa ia melihat suatu kaum yang duduk lesehan melingkar. Mereka menyebut-nyebut dan memuji-muji seorang yang bernama Aristoteles semoga Allah mengutuknya. Nabi SAW pun terkejut dan berkata, “Enyah kamu wahai ‘Amr...! ”Tidakkah kamu mengetahui bahwa Aritoteles adalah seorang Nabi. Tapi umatnya tidak pernah mengubrisnya”
Saya pribadi pun sangat percaya bahwa Aristoteles adalah seorang Nabi. Beliau adalah Nabi-nya logika. Hal ini dapat kita lihat bahwa Aristoteles pun membawa ajaran tauhid. Hal ini dapat anda lihat melalui teori beliau bahwa ada penyebab tanpa sebab, ada penggerak yang tidak bergerak, dan segalanya datang dari aktual murni dan akan kembali pada aktual murni (baca pula: aktus purus). Dan jika anda mengkajinya lebih dalam maka niscaya akan anda dapatkan ketauhidan di dalamnya. Dan sebagaimana maklum, bahwa ciri yang paling jelas dari seorang nabi adalah mengemban misi ketauhidan. Makanya tak heran bagi saya jika Aristoteles digelari mahaguru pertama. Yaitu orang yang menguasai seluruh disiplin Ilmu Primer dijamannya.
b) Logika Paling Orisinil
Orisinal logika Aristotelian dapat dilihat dari berbagai sudut pandang. Antara lain sudut pandang historis yang tidak dapat diragukan lagi. Ibnu Khaldum seorang sejarawan muslim tersohor, pernah mengatakan bahwa Aristoteles adalah orang yang pertama mengumpulkan ceceran orang-orang terdahulunya dalam aturan berpikir benar (logika).
Logika Aristotelian merupakan susunan yang paling orisinal dan komplet lagi komprehensip sepanjang sejarah. Meskipun telah dikiritik berbagai kalangan, utamanya serangan dari Sir Francis Bacon dalam bukunya “The New Organon” atau Rene Descartes dalam “Discourse On Method”. Tetapi tetap saja segar dan selalu segar untuk dijadikan sebagai pengantar terbaik bagi studi logika elementer.
Bahkan Abu Ali Ibnu Sina-Semoga rahmat Allah selalu tercurahkan untuknya. Dengan tegas berkata: “Wahai para pelajar...! Adakah diantara kalian yang pernah menyaksikan seorang yang datang setelah Aristoteles. Yang mampu menambah atau menyanggah sesuatu yang lebih berarti dari logika yang beliau susun. Meski susunan itu sedemikian tuanya? Ketahuilah, apa yang Aristoteles susun adalah susunan yang sempurna, neraca yang tepat, dan kebenaran yang cemerlang”.
c) Momentum Tentang Masuknya Logika Dalam Islam
Sebelum abad pertengahan masehi, alam pemikiran Islam terjangkit wabah. Segala macam pemikiran yang sesat masuk dan segera mendapat pengikut yang banyak. Para pemikir muslim terkemuka berpikir keras untuk menemukan penangkalnya. Mereka mau tak mau, mesti membakukan tatanan berpikir benar. Hunain Bin Ishak-Semoga Allah memposisikannya pada kedudukan para wali-mengambil prakarsa untuk menerjemahkan buku Organon-nya Aristoteles sebagai landasan berpikir benar. Dalam waktu singkat buku tersebut mendapat apresiasi yang luas oleh para pemikir terkemuka dikalangan kaum muslim. Bahkan sebagian dari mereka seperti Al-Kindi, Al Farabi, dan Ibnu Sina, dll, langsung membacanya dalam aslinya. Ibnu Sina dikisahkan telah membaca buku itu sebanyak 60 kali sebelum akhirnya beliau memberikan komentar secara panjang lebar dalam buku-nya Asy-Syifah. Asy-Syifah yang terbagi dalam delapan jilid ukuran yang sangat besar itu adalah elaborasi dari Oraganon. Organon sendiri terdiri dari enam buku besar.
Di Timur maupun di Barat, Ibnu Sina dikenal sebagai komentator terbaik untuk Aristoteles. Swausaha para pemikir muslim untuk mempertahankan dan memurnikan ajaran-ajaran Islam dari beberapa sesat-sesat pikir dengan menerjemahkan risalah-risalah Aristoteles dan menerapkannya dalam kehidupan beragama, patut mendapat acuan jempol. Tetapi meskipun para pemikir yang memiliki itikad baik itu, juga tidak luput dari pengkafiran dari pihak-pihak yang tidak bertanggung-jawab. Tapi itulah yang selalu harus diemban orang yang memilih jalan yang benar. Atau seperti kata Voltaire (1694-1778) orang Perancis yang masyur; “Memilih adalah mengambil resiko”
Dari ketiga argumentasi di atas semakin jelaslah pahaman kita, mengapa di kalangan Muslim logika ala Aristoteles yang lebih mendominasi. (lihat, Bab Logika Aristotelian dalam Kumpulan Logika, Dimitri Mahayana).
Tambahan
Nanti sekitar tiga abad kematian Aristoteles, barulah karya-karya beliau dapat dikumpulkan dalam bentuk yang kita kenal seperti saat ini. Secara garis besar karya Aristoteles dibagi atas dua kelompok. Yakni: Pertama, karya-karya yang ditulisnya untuk dipublikasikan. Kedua, catatan-catatan yang dibuatnya tetapi untuk tidak dipublikasikan ketika memberikan kuliah di Lyceum (Sebuah sekolah yang didirikan oleh beliau). Sungguh menyedihkan untuk ilmu pengetahuan bahwa karya-karya beliau yang penting pada bagian pertama telah musnah semuanya. Sehingga karya Aristoteles yang kita kenal sekarang ini merupakan karya pada kelompok kedua.
Dalam bentuk aslinya, karya-karya ini terpisah-pisah dan terdiri atas ratusan gulungan kuno. Semuanya naskah ini dikumpulkan dari berbagai macam karya yang berbeda oleh Andronikos dari Rhodos yang merupakan pemimpin Lyceum yang terakhir. (lihat, buku 60 menit bersama Aristoteles).
Dalam beberapa daftar kuno dikatakan pula karya Aristoteles berjumlah tidak kurang dari seratus tujuh puluh buku. Dan empat puluh tujuh diantaranya tetap bertahan hingga sekarang. Olehnya tidak ada salahnya saya mengutip beberapa tulisan-tulisan dari beberapa buku Aristoteles sehingga kita juga tahu betapa bermaknanya ucapan beliau. Adapun kutipan tulisan-tulisan itu, sebagai berikut :
“Orang yang mempelajari asal mula segala sesuatunya dan bagaimana akhirnya segala sesuatunya itu bisa ada, tentu akan mencapai hal yang terjernih akan hal itu.” (Politika, 1252a 24-25)
“Siapa pun yang tidak bisa hidup di tengah masyarakat karena telah tercukupi ia pada dirinya sendiri, maka kalau bukan hewan tentulah dia dewa. Dengan demikian, setiap orang memiliki impuls yang kodrati untuk berasosiasi dengan orang lain. Dengan cara ini, sehingga siapa yang pertama kalinya mendirikan masyarakat berkeadilan akan menghasilkan kebaikan tertinggi bagi kemanusiaan.” (Politika 1253a 25-40).
“Kita berperang agar kita bisa hidup dengan damai”. (Ethika Nikhomakea, buku 10).
“Telah menjadi jelas bahwa semua hal itu memiliki penyebab-penyebabnya. Terdapat beberapa jenis penyebab, dan siapa pun yang ingin mengetahui tentang alam selayaknya tahu cara mengungkapkannya. Sebenarnya ada empat jenis penyebab: materi, bentuk, apapun yang menimbulkan perubahan, dan apapun yang menjadi tujuannya. (Physika, 198a 20-24).
“Dengan demikian, gerakan merupakan sesuatu yang abadi. Sehingga jika ada penggerak pertama, maka penggerak itu tentu juga abadi…dan dalam hal ini telah cukup mengatakan hanya ada satu penggerak, yakni yang pertama kalinya menggerakkan segala sesuatu yang tak bergerak. Dan penggerak yang abadi ini tentulah akan menjadi prinsip gerakan bagi segala sesuatu yang lain. (Physika, 259a 7-14)
6. KESIMPULAN.
Ada empat kawasan utama dalam pendidikan menurut Ibnu Sina yang
mempunyai pengaruh besar ialah :
1.falsafah pendidioan yang berkaitan dengan tujuan dan matlamat pendidikan.
2.teori-teori pengetahuan (epistemology)
3.pelaksanaan yang mengandungi perkaedahan, institusi, pentadbiran dan
lain-lain
4.Penilaian.
Juga asas dan tujuan utama pendidikan menurut Ibnu Sina ialah memanusiakan manusia maksudnya manusia sentiasa ada potensi untuk membuat kemajuan bagi diri sendiri baik kalau dihalusi kepasa aspek-aspek yang lebih detil, obyektif pendidikan bermatlamatkan untuk mencapai dan memajukan pelbagai aktifiti, sekoah ataui universiti kita: Persepsi, memori, imaginasi, rasional kemahuan atau rohani, intelektual, walaupun Ibnu Sina kurang memberikan tumpuan dalam kemajuan jasmani justeru perhatiannya lebih dalam perbagai rasional, memori, kemahiran, intelektual, persepsi, rohani dan lain imaginasi. Setengah -setengah tulisan zaman moden tentang pendidikan seperti John P.Wynne dalam bukunya Theories of Education menerangkan bahawa kemajuan-kemajuan fizikal boleh menjadi penghalang kepada pembangunan mental ; sama seperti penekanan Ibnu Sina diatas :
“Pysical development is typically neglected andphysical Activityi is considerd an obstacle to mental development either to be eliminated insofar as possible, or to be tolerated as a necessary relief rather then encouraged for its own sake”.
Mungkin hal ini ada kebenarannya. Oleh itu unsur “ pysical development” ini boleh dicapai dengan hanya berasaskan kepada kegiatan-kegiatan seperti sukan dan riadah sahaja, bukan disusun bersama dalam suatu sistem pendidikan yang ‘standard’.
Dan konsep penilaian yang digunakan adalah luas dan menyeluruh, menyangkut dunia dan akhirat, kerana kriteria yang digunakan adalah kebahagian sebagai peneguhan dan kebahagiaan hanya bernakna kalau dikaitkan dengan kebahagiaan akhirat sebagai tujuan akhir.
Dafftar Pustaka Makalah Sistem Pendidikan Menurut Ibnu Sina
1. Ali Mahdi Khan, the Elements of Islamic philosophy, Lahore : S.H. Muhammad Ashraf, 1973, p.61., lihat juga L.E. Goodman Avicenna, Routledge, London and New York, “ Preface”.
2. Amir A. Rahman, Pengantar Tamadun Islam, Kuala Lumpur, 1990.
3. Erwin I.J. Rosenthal, Political Thought in Medieval Islam : An Introductory Outline, Cambridge h.p., 1968, 142.
4.Ali Mahdi Khan, The Elements of Islamic Philososphy, 61.
5. Hasan langgulung, Pendidikan Islam dan peralihan paradigma, Kualu lumpur,
1995.
6. Mahmood Zuhdi AB. Majid, Sarjana-sarjana kesarjanaan sains Islam,
Kula lumpur ,2000.48-51
7. William E.Gohlman, The Life of Ibnu Sina, 19. sumber
Tidak ada komentar:
Posting Komentar